Monday, April 5, 2010

Sentap menyentap

Hahahaha.. mula2 terkedu but finally.. hahh amik kau!

pagi macam biasa la, mode gumbira lalalala.. after check-out called ej set up gathering kat BB.. deal! after lunch simpan bag then aku naik lrt pegi hang tuah then amik monorail pegi BB, lepak sana sampai berjumpa dgn ej, sempat la tawaf pavi sorang2, letih kaki nih.. nasib baik pakai sandal jer kalau high heel mau tercabut kaki nih rasanya..

Masa tea time di pancake house di pavi, jumpa yad dia terkejut nampak aku, aku kata suprised for zam jangan gedik plak nak bagitau.. hehe tak per, dan masanya telah tiba.. berdebar2 menuju di tempat yang dijanjikan, lagipon aku dah plan nak buat macam mana kan..

Terus aku pegang kepala dia(sbb dia pakai spek tak bleh nak tutup mata) suprised! aku diam tapi dia tertoleh2 nak tau gak, last2 dia terkejut bila nampak aku.. dengan muka merah, mata bergenang dengan air dia rasa macam nak menagis jer, marah sampai tanak bercakap dengan aku.. nak maki aku tapi dalam hati sentap, terasa.. aku tau apa yang dia rasa.. merajuk la tu.. nak di pujuk.. hehe, sedih aku tengok, sedih kat diri sendiri jugak.. sebab kawan tanak bercakap.. huhu but at the end dia cakap jugak bila jalan berdua tu, terasa sket kat hati nih.. sambil sengih2 macam kerang busuk! bongokss.. hehe see u always be my friend kan??

Yad ajak pergi karoeke, best! di ktv lowyatt hahaha melalak dua jam tak hengat!!

penat bila sampai kat puduraya, then bercerita pulak dengan abg sham (dia temankan sampai bus jalan),terkedu dia bila cakap zam berair mata dia, so pondan lah.. hiksss

bus kul 11.30pm

nota kaki:
p/s : abg sham pesan soh kawin cepat2.. amin semoga dimakbulkan..

Sunday, April 4, 2010

Cuti-cuti

Yeahhh cuti2 mesia lagi.. sonoknyer walauponn hampir2 tak pergi sebab panik lebih, tiket bus tak bawak hahaha sebab bawak beg tangan lain tu la beng byk sagt len kali bawak jer, tak per soh beli beg baru la tu hehe..

jumpa abg sham! mmmmmm.. suka, seronok, mmm semua yang indah2.. walaupon hanya sementara kan.. kepenatan, bus slow la sket tapi jalan jammed sama entah la.. nak kata accident tadak pon, repair jalan pon nan ado.. sampai masuk ke rawang dok ada lagi tapi yang herannya lepas jer sg buluh jalan lancar nih..

tapi yang aku nak cerita nih bukan pasal abg sham.. tapi pasal zam! esok k.. hehe

mak sempat bertanya adakah berjumpa dengan M (bukan nama sebenar) not lah, dia tak tahu pon.. sebab bukan hal dia yang datang berjumpa (kes tawar hati), aduhaii mengaharap betul lah bonda ku ini.. jangan risau percaya dengan janji2 Tuhan dah la..

nota kaki:
~ AN ada meeting di skudai pada isnin & selasa (petang baru balik kl).

Monday, March 29, 2010

Lagi dan lagi??

Hmm aku memang malas nak masuk meeting, entah tetiba tadak mood langsung, rasa masuk dalam program raja lawak pon ada nih..

bukan type aku pon, setakat buat keputusan yang dah ready untuk semua orang, maksud aku, yang telah tersedia sapa pon boleh buat.. tapi masalah yang dok sedia ada yang lepas2 tu tak termasuk masalah terkini, tak ada keputusan jugak.. adoiii padan la semua2 tu.. no comment anymore..

Friday, March 26, 2010

Adik aku..

Huhhh satu hal pulak budak nih.. tau la anak bongsu but she's too demanding!
semua nak ikut taste dia.. ini nak jeans pulak.. aku dulu jenas time raya jer belinya.. itu pon duit raya bila dapat hehe..

Kakak dah beli jam tu dah ler tak yah nak mintak mengarut2.. byk lagi hutang nak kena settle nih.. lagi banyak duit, lagi banyak pulak hutang nak ekna bayar nih.. adoiii mana pi semua duit ntah ler.. huhuhu duit, duit.. dimana kau duit..

Thursday, March 25, 2010

Entah

Tak pernah dibuat oleh aku sendiri.. tak sampai sebulan aku rasa.. dah ilang segala rasa nih.. 'sayang'? adoii tak sanggup nak menipu orang, lagi2 diri sendiri.. tak sanggup nak cakap.. nak panggil.. nak ucapkan..

Apa dah kena dengan aku nih hhhuhuhu sapa yang telah jampi hati aku nihh shitt lahhh,
bongokksssss..

BTW arini besday Aza, epi besday.. semoga apa yang terbina berharap berkekalan sampai bila2.. amin.

Wednesday, March 24, 2010

Bodoh

Bodohkan aku nih.. sebab satu panggilan jer berubah semua apa yang aku rasa?? adoiii macam mana nih.. iman tak tetap ek? niat tak betul? tergesa2? terburu2 buat keputusan? desperate? adoiiii macam mana nih.. hati ini telah melukakan diri sendiri.. huhuhu

nak cari jalan keluar.. nak ikut jalan mana nih?? berselirat sangat..

adeh masalah bertimpa2 nih.. dengan kerja, masalah peribadi lagi.. adoiii fening akak

Friday, March 19, 2010

Akhirnya

Macam hampes aku rasa nih.. tak sampai 48jam aku rasa perasaan yang menggebu2 tu datang tetiba rasa sejuk gedi plak.. aku rasa memang nak kena mandi bawah jambatan dah nih!!
Bukan main manis tutur bahasa aku mengucapkan 'welcome to my life' tatau jer aku rasa 'i dont care anymore'!!

yang terindah hanya sementara, kalau lah dia tau apa yang aku rasa.. huhh bunuh diri ka??

dammitt!!!

Thursday, March 18, 2010

Errkkk..

Erkkk.. semalam AN called! terkejut aku bila wanie sua bb kat aku ringtones Nobody, terkedu aku dibuatnya..
Tapi aku chat macam biasa la, mula2 dia tanya macam nak download irc ke pc baru sebab dia beli kosong tak ada apa.. rugi yg amat beli tru internet! benda free jer, sudah2lah nak berIRC amenda dah tua2 nih, no life lah abang!
Lepas tu bercerita pasal kerja dia yang banyak dapat tender (hanya tender bikan LA) dari luar la sebab dia register dengan MRCB as architects consulatant.
Finally - dia cakap pasal sms yang aku sent sebulan yang lepas :D, nak buat macam mana luahan rasa hati aku, cuma dok coverline maruah jer tu.. im sorry abang.

Then, aku nih macam mana? apa yang akan terjadi lepas nih? janji aku? ikrar aku?

Wednesday, March 17, 2010

Pengharapan

Alhamdullilah, aku rasa aku dah berjumpa apa yang aku nak, mintak2 pilihan ini tepat untuk aku.. dan aku rasa aku tak ada pilihan lain, satu2nya dia sahaja yang ada dan aku pasti yang dia yang aku pilih!

Abang, selamat datang dalam dunia ayang..

Monday, March 8, 2010

Perasaan

Apa yang aku rasa sekarang? happy? memang la bahagia dengan keadaan sekarang tapi berkekalan kah? rasa sekelip mata jer berubah.. macam pantai, sekali air laut menghempas pantai secara auto dia bertukar landscape.. huhu

Apa2 pon aku bersyukur sebab masih berada di sini, masih boleh mengawal diri cuma ralat sikit sebab tiada tanda langsung dihargai, sampai bila? dan sepatutnya kena berhenti dari sekarang mengharap benda yang tak pasti tetapi jauh di sudut hati masih lagi bersisa, kerana..? dan aku patut avoid benda2 yang berkaitan dengan cara hidup sebelum ini.. amin.

Friday, March 5, 2010

Kenangan

Rasa nak melalak sekarang pon ada, banyak sangat laa.. barang2.. dalam otak.. semak rasanya kalau difikirkan.. adakah aku kena buat tittle 'Knowing him was the biggest mistaked'?? aduhhhh

Friday, February 19, 2010

Kemaafan

Im sorry abang, emosi tak stabil. really2 sorry. truly sorry.
and i derserve it!

miss you so much!

Thursday, February 18, 2010

Oh my god!

OMG! i knew something about him! so upset, really seriously upset.. im so down nowadays.. im crying now, is so hard to me to fact it.. it hurt me! abang, y u do this to ur life? u wont hepi wif ur life? omg!

What im going to do now? leave it? or still with him? i love him but its hurt me now.. ohhhh

Sunday, February 14, 2010

CNY

Cuti dan cuti lagi. aku tetap demam tak kebah2. tak ceria langsung. sakit tekak jangan cerita la. perit jer bila telan air.

Ada kenduri padel arini. so aku rajinkan diri bertandang la sebab dah janji dengan kazen2 kl semua nak berkumpul sambil bergossiping. hahaha. berjaya jugak weoalls gossiping!

Thursday, February 11, 2010

Pujukan

Mmmm.. dia pujuk aku, rindu aku. lama tak dengar suara. dia tak boleh tido. lagi? ada lagi? rindu dan rindu lagi. hehe ngada2, gedik la tu.. ala bukan best pon majuk lama2. aku dah tak boleh lepaskan diri lagi. ugut jer lebih. buat tak pon. masing2 tak buat, kalau buat pon sekejap jer. lepas tu mula la nak mendail.

Dia bagitau nak balik kampung seminggu bila cny nanti. ok. selamat bercuti. kalau sempat dia akan call. take care. be good. :D muahhhh

Sunday, February 7, 2010

Sendu

Tetiba jer rasa sendu bila abg sham call, tatau napa rasa nak marah dia sangat tapi bukan salah dia pon, dari segi logik pon memang kesilapan teknikal pon.. tapi entah la.. nak marah dia jugak.. gejala pms? mungkin..

Aku marah juga, keluar juga ayat2 yang terpendam dalam hati yang berlegar2 di otak aku.. dia explain la.. cuma dia hairan aku suka marah2 kat dia semenjak dua nih, dia pon bertanyakan aku, ada masalah kah aku dengan dia? apa salah dia? silap kat mana? hmmmmm... bosan nak ungkit cerita lama. boleh pulak dia buat lawak dengan aku malam2 buta.. tanya pasal kawin? so what? teringat gf lama share dengan aku? huwaaaaaa sendu la aku. aku nak mengaku? jangan harap la nak soh aku mengaku sedih.

Marah dia juga. dan lagi.

Saturday, February 6, 2010

My new stuff

Huhh aku ingat aku yang awal bangun pagi, ada lagi yang awal.. kalau aku mandi dulu nih memang tercegat depan pintu dah ler.. seb baik cuci mata jer (lari pi beli tiket bus) hehe aku dah agak nak kena berleter sebab bila nampak aku jer dia dah bukak mulut, cepat2 aku ajak dia sembang kata itu ini..

So bila bukak jer pintu, bersoal jawab lah aku dengan panjang lebarnya.. kenapa tak tak bagitau dulu sebelum buat keputusan ? kan dah kata kita nak diskus dulu baru buat decision? kenapa buat keputusan sorang2? huwaaaaaaaa salah aku jugak la bila aku buat keputusan yang betul pon.. mana sempat nak balik tengahari kalau stay dengan dia.. kan? kan? kan? :D sorry sayang.. lain kali i tak buat lagi, i akan tanya u dulu.. (padahal selalu buat pon) after breakfast susun schedule..

Ehemmm.. nak pi lowyatt nih.. lallallala lama pon tak pa.. masuk lorong mana pon tak pa, janji kita sampai yer sayang? damdimdamdimdum.. pom pom pom.. biar pon dia tak pernah berjanji tapi dia tak pernah mengatakan TIDAK even dia berkata "mahainya.." hehehe. Tak dapat yang diidamkan pon tak pa lah.. janji dapat jugak sebab tak la best sangat dapat 'adik'- 8520 sebab nak 'abang'- 8900 kan.. huhu tu pon orang bagi patut berterima kasih! orang lain ada?? ada?? yer lah.. terima jer.. janji i suka semua pemberiannya.. ( bawak balik 2 beg).. penuh dengan diari dan calendar (berat sangat)

Teatime dengan zammy (dia balik untuk tido sekejap - kes demam) tayang2 aset baru.. haha saja bagi dia jeles.. belanja mkn kat CB pavi berpeluh la juga dok lepak kat situ.. padahal rasa lama jugak kat situ, tengok2 dah pukul 7, nak kena bergerak dah sebab janji dia amik pukul 8 (tukar train 2 kali)

Dinner di kampung baru.. yeahh simple dish, kerang bakar n bihun sup ala thai.. kenyang.. seronok sangat.. i've a great time with him! i love u my dear..

Bus pukul 11.30pm baru sampai.. lewatnya.. dah la gayat naik bus 2 tingkat nih.. tutup jer lampu terus tido, sampai la ke destinasi yang dituju.. selamat sampai..6.30am dirumah. amin.

Friday, February 5, 2010

My first holiday

This is my first holiday in 2010. huhh ayat tak bleh blah langsung! skema habis..

ok. percutian yang pertama di tahun baru.. ganti percutian hujung tahun aritu la kan.. hehe gi kl pon macam pi bercuti kat venice! (geleng2 kepala) dah kat situ jer yg rasa heaven sket (sbb ada buah hati pengarang jantung kan?) a'aa.. heaven la

Pegi dengan budak sebelah ofis (dia tumpang nak pi kl) sbb nak pegi sana sorang2 dia tak berani (sbb tak biasa) so buat rombongan la (lebih dari sorang) even naik bus pon kan? tapi dia turun kat tol duta (ada kwn dia nak fetch dia dari situ) aku turun kat tempat biasa, menginap kat hotel biasa jugak (abg naz kata aku ada buku tiga lima kat situ) dah situ yang senang nak melangkah kang kalau kat tempat lain dia jugak yang susah nak kena fetch aku kan?)

Sampai pon dah lewat, meletihkan so tido kejap.. then mandi, dia dah datang amik untuk pegi dinner.. kat mana? zammy kata kat jalan bellamy ikan bakar best.. ok jer lah, kalau taks edap kita pi Tupai2 k.. hehe makan.makan.makan jer kalau dengan dia.. letih dengan makan jer malam tu..

Thursday, January 21, 2010

Cari Penyakit.

Tu la main2 banyak kan dah panik tatau nak buat apa. padan muka gedik sangat nak rindu2. hahaha..

Pesal la jari jemari nih bleh send text kat no. tu.. dah la reply cepat.. hoho, terpaksa pulak berjanji nih, salah aku la gak yang start dulu. aku nih takut2 berani jer. dia pulak yang bersungguh2. aduhhhh silap teka. relax. plan lain.

Abg nazri called tanya plan next month. ok. dah cerita kat dia. dia minta extand sehari lagi. ok asalkan dia yang temankan aku. dapat kah prezen yang diminta? amin.

Wednesday, January 20, 2010

Edisi sentap 5 minit.

Sentap la sangat. cakap jer lah nak bagi aku kaya. teremosi kah aku? tak.. cuma aku dah bagi prospek tu kan. grab jerlah. nak tunggu aku pakai lambat ler. ker sebab aku pernah ada affair sekejap dengan dia? mmmm.. dia yang tak serius. so stop lah aku. aku tak pilih kasih k. sama jer aku layan dia macam adib. tak tahu apa yang dorg nak.meletihkan.

Thursday, January 14, 2010

Mesorat Tingkap?

Malas yang amat nak pegi mesorat projek kdn nih, tapi kena attend jugak la, katanya org kementerian turun jugak. hmmmm..

pening aku dengan pengurusan projek nih. pelan nak kena ubah semula? kedudukan bilik2 tertentu tidak mengikut piawaian? aduh.. dulu sapa yang luluskan pelan ni? bukan salah consultant akitek, tapi salah pihak kementerian yang luluskan. takan tak tengok dulu kot? pegawai yang bertugas bertukar jabatan? hmmmm.. memeningkan kepala aku yang attend sama nih.

Thursday, January 7, 2010

Kerja lagi.

Banyak kerja sungguh aku nak kena settlekan untuk tahun baru.
~ statement salary '09
~ EA Form
~ E Majikan
~ cek2 awal bulan
~ cheque register '09 tak buat lagi
~ petty cash '09
~ performance appraisal
~ loss & expences bakti management
~ reply ncr
~ updates iso
~ manage MRM

semua2 tu aku kena settlekan pada bulan ni jugak. kalau tak semua pending. esok c.lan datang settlekan psl ncr dulu.

Monday, January 4, 2010

First day on new year

Hmmm.. memamng tak boleh harap! tapi tak salahkan dia jugak, bukan kerja dia dan lagipon aku tak pesan apa2.. cuma macam tu lah.. kena ada back-up/replace staff. Tapi macam biasa la dato mana nak setuju dengan cadangan aku tu, dia nak cut cos aku menambahlan lagi ada la.. bukan salah aku kalau kerja makin bertambah tapi nak kena cut cos, tak ker pelik tu, sepatutnya kurangkan kos tapi kerja pon kena kurang gak tapi makin bertambah tapi kena kurangkan kos.. aper kes?? pengurusan tak kena? memang pon.. failure management!

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

HAPPY NEW YEAR!

Pagi2 buta adib called, ala cancelled la kalau payah2 sangat, sapa nak pi hantar aku pi sana sini.. next time jer lah.. berat pulak hati nih nak jumpa dia bila banyak sangat alasan.

Abg Nazri plak called tanya hows my plan.. hehe cancelled la.. hoho dia pon tadak kat kl, nak kena pergi kenduri kat ipoh then terus balik alor setar, jumpa sedara2 yang tak dapat jemput dia semasa balik dari mekah. postpon again. its ok.

Lepas lunch kat umah cikteh baru bertolak balik.. tu pon dah pukul 4pm, lewat la sampai sebab nak singgah beli baju sekolah budak tu lagi.

Yeahhhhhhh.. kenderaan kurang masa otw balik dari tapah, penat rasanya w/pon dok atas kereta.. tapi kena balik jugak even rasa macam nak dok kat tapah terus.. hehe

Singgah pacific alor setar beli baju sekolah mat anik, makan kat McD then balik terus.. lemau rasanya..