Wednesday, April 29, 2009

Happy Birthday



Harini b'day dato yg ke-43, so aku arrange party untuk dia, majlis makan2 jer untuk staff dan ofis bawah dan sewaktu dengannya, mula2 dato' tak berapa nak setuju sebab dia tak pernah buat sebelum nih kat ofis kan.. tapi aku nak buat jugak sebab orang bawah sibuk jer dok tanya bila aku nak buat majlis.. memang busybody tol.. tapi ok la kan.. bleh makan sedap2..
So aku dgn asma pi cari paper cup n pinggan tambahan, yg lain2 aku dah pinjam kat ofis sebelah so tadek masalah sangat. Then terus pegi amik kek (tempah), kah kah kah kat kedai kek jumpa driver dato' dia pon pi amik kek gak yg Tg. Puteri tempah utk dato (3kg) jenuh makan kek lepas nih.. Cuma air aku nak kena bancuh sendiri (bawak air gula dari umah), gi beli oren sunquick n ais kat 7-11.. done!
Balik dari kedai tengok 'awek' dah kupas harumanis, cantik dah tu tau pulak dia, tak payah disuruh cuma aku pesan sebelum keluar td mintak tolong dia kupas buah n potong kiub.
kul 11 semua dah tersedia atas meja besar, dato' sampai senyum jer dia bila semua dah ready, baru dia nampak kan aku buat kerja macam mana.. semua tersusun elok. Tu pon sebab tak banyak menu, aku rimas nak makan nasi putih n lauk, banyak space nak kena guna.

~ Menu: Nasi ayam hainan, roti jala, kek puding, kek butter, kek laici (tg puteri sponsor) harumanis & air oren.

Zaki datang bawak family dia (lawa wife dia-anak mami), c.lan tak jadi attend sebab nak prepare report untuk mesyuarat esok. ajak zaki pi umah sat amik buah nak bagi kat dia, c.lan n shahidan.

Penat aku, macam buat kenduri rasanya, aku soh 'awek' basuh pinggan sebab esok dia dah start cuti kan.. kena gak exersice even pregnant pon.. aku sakit pinggang dah nih dok angkat barang, turun naik tangga..

No comments: